OGOS 2023

Premier Sempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Peringatan Jubli Intan


KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini pada Rabu.

Hadir sama ialah isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma'ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Seramai 77 individu dianugerahkan Pingat Peringatan Jubli Intan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka Tahun 2023 semasa upacara penyampaian Pingat Peringatan Jubli Intan 2023.

Upacara dimulakan dengan penganugerahan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) kepada 43 penerima yang mana senarai didahului Dato Sri Fadillah Yusof, Jeneral Thn (Dr.) Mohamed Hashim Mohd Ali (B), Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Aaron Ago Dagang, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Datuk Rubiah Wang, Datuk Hasbi Habibollah, Dato Hanifah Hajar Taib dan Dato' Sri Huang Tiong Sii.

Senarai penerima diteruskan dengan Lukanisman Awang Sauni Dato' Idris Buang, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Dr. Jerip Susil, Datuk Liwan Lagang, Datuk Rosey Yunus, Datuk Len Talif Salleh, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Datuk Dr. Annuar Rapa'ee, Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh, Datuk Dr. Penguang Manggil, Datuk Snowdan Lawan, Datuk Abdullah Saidol, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Datuk Gerawat Gala, Dr. Hazland Abang Hipni, Ir. Aidel Lariwoo, Dato Henry Harry Jinep, Dr. Ripin Lamat, Mohamad Razi Sitam, Martin Ben, Dato Majang Renggi, Jefferson Jamit Unyat, Dato Gerald Rentap Jabu, Michael Tiang Ming Tee.

Turut menerima pingat sama ialah Tan Sri Dato' Seri Peter Chin Fah Kui, Tan Sri Dato Sri Dr. Muhammad Leo Toyad Abdullah, Tan Sri Dato Sri Mohd. Jamil Johari, Tan Sri Dato Seri Panglima Sulong Matjeraie, Tan Sri Dato Sri Safri Awang Zaidell, Dato Sri Abang Karim Tun Datuk Abang Openg, Datuk Joseph Salang, Dato Pandelela Rinong Pamg dan Tania Bugo.

Selain itu, penganugerahan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Perak) pula dikurniakan kepada 34 penerima.

Mendahului senarai penerima ialah Dato Doreen Mayang, Datin Sri Enn Ong Siok Ean, Dato Fatimah Mohd. Iskandar, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Datu Buckland Bangik, Datuk Misnu Taha, Dato Wee Hong Seng, Datu Junaidi Reduan, Adam Yii Siew Sang, Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw (B), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Datuk Awang Bujang Awang Antek, Datu Ose Murang, Datu Hamzah Drahman dan Datu Abdul Ghafur Shariff.

Pingat sama dianugerahkan kepada Datu Loling Othman Alwi, Datuk Bishop Danald Jute, Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah, Leftenan Jeneral Datuk Awie Suboh (B), Dato Nahrawi Abdul Rahman, Leftenan Kolonel Robert Rizal Abdullah, Leftenan (B) David Fu Chee Ming, Pegawai Waran I Beliang Bali, Sarjan Mering Imang, Sarjan Dajai Anggie, Koperal Unggek Antin, Lans Koperal (B) Sigai Nawan, Lans Koperal Bajau Ladi, Andrewson Ngalai dan Safar Ghafar.

Dua penerima yang tidak dapat hadir ke upacara berkenaan ialah Datu Laura Lee Ngien Hion dan Grace Wong Xiu Mei.

Pingat dan Anugerah Khas Peringatan Jubli Intan ini dianugerahkan kepada mereka yang telah menyumbang jasa dan berkhidmat dengan cemerlang terhadap pembangunan Sarawak.

Pada Julai lalu, Premier Sarawak juga menyampaikan Pingat Peringatan Jubli Intan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka kepada 51 penerima bertempat di sebuah hotel terkemuka di sini. 

Sumber dari : Sarawakku